Tuesday, December 22, 2009

Pasti ke barang sekolah je?

Cuti ni tak complete rasanya kalau tk pegi shopping kan. Oh oh sebenanya ayat yg lebih sesuai adalah, cuti ni tak complete rasanya kalau tak mintak macam-macam kat ibu. Heheh ;p

Act pagi pagi lagi ibu dah kejut, "Naffiz bangunnn! Teman pegi KLCC. Beli barang sekolah adik-adik. And you! Jangan lupa awak tu sekolah lagi." Dengan muka separuh bengang separuh ngantuk, aku bangun la pegi mandi apa sume la yg patut.

Bila sampai kat tempat parking, FULL! Ibu mula membangkitkan persoalan yg boleh dikatakan tak patut di KL ni, "Kenapa diorang ni sibuk pegi KLCC jugak? Aku pegi kau nak pegi! Pegi la tempat lain. Tak pun duk rumah tengok berita ke lagi bagus." Kami diam untuk seketika. Selang beberapa minit, *masih mencari tempat untuk park kereta.* Ibu tanya, "Harini hari ape?" *Dah mcm iklan Ribena*. Aku jawab, "Ahad bu. Lagipun nk dekat christmas. Sebab tu ramai orang."
Ibu membalas, "Oh."


Setelah hampir setengah jam mencari parking, jejaklah kami akhirnya ke dalam KLCC. Tempat pertama yg kena aim, Madam Kwan's. Abang aku la yg sibuk nak makan. Lapar la, tak makan lagi la ape la. Tapi, aku pulak yg makan lebih. Hehe. Bukan makan lebih apa, maksud aku, aku habiskan Chicken Chop adik aku yg tak habis tu la. Isyh budak kecik tu memang suka membazir. Bila perut masing-masing dah penuh, mula la agenda membeli, membayar dan membelah. Aku gi kedai Converese untuk beli kasut sekolah. *Untuk tahun terakhir aku pakai kasut sekolah! Yeayyy!* Lepastu aku terus je pilih kasut. "Kak, saiz 6 ade kak?" "Kak, pattern yg lagi lawa takde?" "Kak, kenapa kasut ni ada kotor sikit?" "Kak, saya tanak line merah punya." "Kak nak kasut yg tu kak." Aku rasa lepas aku keluar dari kedai tu akak tu terus resign kot sebab dia trauma mempunyai customer seperti aku. -_-


Lepastu, pegi carik barang-barang sekolah adik aku. Ibu aku ni cerewet sikit kalau sampai ke bab "Barang-barang Adik Aku". Kalau boleh untuk pakai ke sekolah tu, singlet putih, seluar dalam putih, semuanya serba putih. Nasib baik ibu tak beli kain kapan. -_- Then pegi la carik beg sekolah diorang, sibuk no nak beli barang-barang transformers. Nasib diorang baik sebab time tu mood aku tersangatlah baik. Kalau tak aku hasut ibu takyah belikan diorang beg transformers tu. Nasib baik jumpa. Isyh diorang semuanya nak transformers. Mula-mula aku tanya, "Naqib, Afiq, ni ada beg BEN10. Taknak?" Dengan muka belagaknya si Naqib jawab, "Ala kak, zaman tu dah berlalu la kak." Amboi budak kecik nihhh. Lepastu diorang amek la perkakas perkakas lain seperti pencil box, botol air, pemadam, pembaris semua semua tu lah yg berunsurkan transformers. Aku rasa diorang ni kalau diberi pilihan, diorang taknak cikgu yg sedia ada kat sekolah tu ngaja diorang. Kalau boleh diorang nak transformers ajarkan. Haih.


Lepas 6 jam menapak kat dalam tu, rasa macam serba serbi tak kena. Baju mula rasa tak selesa, legging mula rasa merimaskan, Crocs yg org cakap kasut paling selesa tu pun terasa menyempitkan, beg mula terasa berat. Mata pun dah ada setan gayut. Ngantuk je. Ibu tetiba cakap, "Jom pergi Zara. Ibu nak carik baju." Secara automatik, baju, legging, kasut dan beg mula terasa macam teramat selesa :D Kak Ema dan adik-adik dah di-drop-kan dekat food court. Ha pegi la kau lepak kat situ bertiga. Heheh :p Masuk je Zara, aku ngan abang aku secara tak rasminya jadi perunding imej untuk mak aku. Cehhh. Dah pilih ape sume, mak aku tanya aku,


"Naffiz taknak apa-apa?"

Ya Allah. Adakah ini mimpi? Andainya ini mimpi, aku lebih rela tidur sepanjang hari :D

"Ha? Apa dia bu? Ulang sekali lagi?"
"Mengade lah. Amek la kalau ade apa-apa yg Naffiz nak."


Akhirnya, dapat jugak seluar sehelai seluar Zara. Time bayar, aku buat-buat tak nampak je. -_-

Abang aku? Mana dia boleh duduk diam kalau aku dapat seluar Zara. Abang aku control suara dia untuk tidak menampakkan yg dia sedang dilanda ke-tidak-puas-hati-an. "Ibu ibu ibu,*Wahh banyaknya ibu kau.* Ayeeq nak carik short la bu. Ayeeq nak main futsal esok. Ade game." Mula-mula carik kat Nike, tak ada yg sesuai, Adidas pulak tak jumpa yg dicarik, lepastu masuk DKNY. Aku cakap, "Weh, DKNY mane ada jual outfit untuk sports?" Dia pandang aku, "Diam ah kau." Muka dah merah je aku bengangkan dia. Hahah padan muka kau. Last last, SHORTS yg konon-konon dia nak beli untuk main futsal tu, *tinggg!* bertukar menjadi sehelai baju yg berharga rm2++. Mana aku boleh sabar bai. Seluar aku baru rm1++. Isyh. Tapi takpelah. Kesian ibu nanti.


Ibu sorry ea bu. Nanti Naffiz dah kerja, dah kaya, *Bila agaknya tu?* dengan KLCC tu skali Naffiz belikan ibu. Laa? Ibu taknak? Takpelaa. Naffiz simpan bawak ibu pergi haji. Okay? ;)

***Btw, thanks untuk botol air Nike yg sangat comel tu ye buuu :D Ngade-ngade tetiba nak bawak air gi sekolah. Bunyi macam skema -_-. And thanks jugak for the one set of Body Shop. Love You Ibu.

Saturday, December 19, 2009

Senseless


Going back to Bukit Antarabangsa. "BORING" is waiting for me. Goodbye cousins, goodbye laughs, goodbye happy.

Friday, December 18, 2009

Ulu Yam

Hahh. Penat. Just got back from Ulu Yam. Sejuk siod air dy. Dah la byk batu. Pegi situ mcm bukan nk mnd, tp nk buat rawatan refleksologi kaki. Haha. Tp puas hati. Mse dlm toilet tu, ade la 2, 3 org budak pmpn ni mcm pndg pndg kitorg. Isyh ade jugak y kne pukul kang. Hahahahaha. Tp buat tktw je la. Balik tu beli ice cream perisa durian. Kak Ema blanje. Masehhh. Lpstu masuk kete, tak tggu lame, trus lentok. Settle trus. Haha. K ah. Nk tido. Dh buat rawatan kaki, buat rawatan mate plak ah kan. Byeeeee.

Thursday, December 17, 2009

Kerenah facebook.

Bila dpt kuiz, "Watak anda dalam Nur Kasih". Aku mcm, ape bende la ni. Tp memandangkn tk ramai org online pepagi buta ni, so tk byk la aktiviti kt facebook kn. Heh ;p Aku jwb jela kuiz bnde jadah tu haa. Jawab punye jawab punye jawab, ade ke patot diorg samekn aku ngan watak Katrina. Haha. pelik. Dia tulis kat situ,

"Katrina sentiasa menjadi penasihat kepada Adam apabila Adam menghadapi masalah. Sikap penggoda, romantik & manja pada Katrina yang membuatkan Adam tertarik kepadanya."

Wahh. Aku ade potensi jadik penggoda. Bhahahahahahah!

Tuesday, December 15, 2009

Ha, ble bace blog Zikay, baru aku teringat. Ade benda y jadi kt dy, jadi kt aku jugak. Iaitu? Org pgl, 'Yuna dohhh. Yuna Yuna.'

Sebab? Reason? Munasabah? Alasan?

Aku pakai SELENDANG.

Wtf dohh? Aku tak tiru dy okay. Its a coincidence. Mase aku started to wear selendang, tup tup mase tu la Yuna tgh kabooom! Meletup. Tapi aku tak tiru dy la weyyy. Aduhh korang ni. AKU TAK TIRU YUNALIS. Faham? Tp aku still adore dy ;p

Ni sume jadi bila satu hari tu, fam aku sebok nk pegy McD untuk menyambut birthday adik bongsu aku. Ibu ckp,

"Sume pakai baju putih ea nnt.'

Aku mcm "OMG! Aku tkde baju putih. Lepastu nnt nak pakai tudung wane ape? Putih. Takde. Hitam? *Sambil tgn selongkar almari.* Aduhh mane pulak aku letak tudung hitam aku niii."

"Zikay, tman kte g klg mall jap, *Kluang Mall? ape tu? Alaa yang takde butik Zara, Roxy, Guess dan yg lain-lain. Hahahahahahahahaha. Sory terkutuk. Gurau meaa.*
"Okay. Jom jom."

Sampai kt kedai, carik baju putih. Dh beli lepastu tetibe teringat, nk pakai tdg ape ni? Terus masuk kdai tudung.

"Kak, tudung hitam y simple ade tak kak?"
"Takde la dik. Y ade tu haa. Y berbatu-batu tu. Adik try la selendang tu. Stok baru sampai." *wah sempat promote ea kak? Haha.*
"Ala kak tak reti la nk lilit-lilit kepala ni."
"Tk la dik. Senang je, try la."

Lepastu phone ringing. "MUMMY YUMMY". tertera kt skrin phone.

"Naffiz, kat mana? Cpt sikit."
"Okay bu. Jap jap."

Dgn rase terpaksa aku beli jela slendang tu. Bila sampai ruma, try. First thing y aku ckp,

"Eh sng la pakai selendang ni. Tk paya susa-susa."

Bila sampai McD, ade kwn-kwn aku y dtg. Diorang pn mcm,

"Eh bila kau beli selendang ni? Lawa dohh kau pakai. Sesuai."

Since that day, aku pakai selendang. See? Aku tk tiru Yuna. Okay? But Yuna, kau still the best dohh!

zikay mengamuk.

Bila aku balik ruma cousin aku ni, egtkn dy mcm, 'Eh Naffiz. Ape kaba? Sehat? Wahh. Cantek hang skrg. Hot mcm Beyonce la.' Tp ble mate aku jumpa je ngan mate dy, laen pulak y kluar dr mulut dy. 'Eh hang ni mmg dh lame tk update blog en? Ha bagos tk pyh update tros.'

Zikay mara aku sioddd. Haha. Okay okay. Demi hang, aku sanggop memenatkn jari kat keyboard ni. Act takde ape doh nk cite. Tp smlm ble lpak ngan Zikay, dy ckp,
'Eh. Hang tgk cite Nur Kasih tk?'
'Tgk. Knp? Best siod cite tu. Gle ke tk tgk.'
'Hang tau tk, kwn2 kte ckp en, muke Tiz Zaqyah tu....'
'Ha tau! Mcm muke hang sket. Betol betol. Kte prasan gak. Ade la same sket.'
'Mksdnye klw same ngn kte, sme la ngn awk jugak.'
(Kitorang mmg cousin tp seiras. Hahaha.)
'Yeke. Tk lah. Bentuk muke dy mcm muke hang la.'
'...'

Lepastu tk tdo ngn anis smp kol 4. Borak-borak. Ni la anak melayu skg, klw ade masa je borak kosong. Haha. Bosan laa. Rindu plak ngn kwn-kwn. Cehh. Ramai y dh keje skg. Pndai diorg carik duit poket sndry. Aku? Carik duit poket gak. Keje tu tk susah pun, cume prlu bukak mulut lpastu ckp, 'Abah, ibu, nk duit. Nk beli barang sket. Duit dh kering la.' Haa. Tu la keje aku. Aku suka keje ni sbb dy mcm privacy. Tkde org luar y boleh keje ngn aku. Aku sorang je. Hahahaha.

Zikay hang tgk, hang pkse aku tulis blog. Tgk ape jadi? Merepek dh ni.

Friday, December 4, 2009

i've come to my senses now.

Life is hard and full with obstacles. Once you fail, do not stop because life is a journey. Not a destination. Once you learn to quit, it becomes a habit. And once you go black, you'll never go back. Try to be somebody and don't pretend to be something that you're NOT!
Again, im advising all of you DON'T be a copycat or copyDOG. these are my words. thank youuuu ;)